Monday, December 13, 2010

When Two Become One...

"So they are no longer two,but one,
therefore what God has joined together,
let man not separate." (Matthew 19:6)
     
     Semua orang ada impian untuk membina mahligai dorang sendiri kan?..Kata orang kalau dah jodoh,tak kan ke mana kalau tak ke pelamin..hehe.. pandai2 ni buat falsafah sendiri..hii..
    

Mmm..untuk entri kali ni,sa cuma nak kongsi dengan kwn2 semua tentang hari perkahwinan abang sepupu sa,Jackry Kitingon dgn tunang dia, Laura Michael yang telah berlangsung pada 12.12.2010, bersamaan dengan hari Ahad yang lalu di Papar.."Berkahwin mungkin merupakan sesuatu perkara yang mudah,tetapi untuk mengekalkan perkahwinan itu tidaklah semudah yang kita sangkakan." Ini merupakan satu ayat yang telah disampaikan oleh pendeta dalam gereja kami semasa waktu pemberkatan mempelai dilaksanakan. Mmm..memang betul kan?.. sudah terbukti pun dalam dunia masa sekarang ni..time2 bulum kahwin,"I LAP U"la.."U LAP ME" la..suma la bulih bikin..terjun bangunan pun bulih kali.. sekali lepas kahwin,gaduh sikit,mula la merajuk berabis..haizz...macam2la kan..?So,dlm hal perkahwinan ni,bukan peranan suami isteri saja yang penting,malahan Tuhan juga perlu bekerja dalam rumah tangga..supaya mendapat keberkatan daripada Yang MahaKuasa..sesungguhnya,berkat,kebahagiaan rumah tangga dan keselesaan hidup semuanya datang daripada yang di atas.. 

sepadan kan?
      Apa2pun,sa mahu ucapkan tahniah buat kedua pasangan pengantin baru ini.. Harap perkahwinan kamu berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.. dan bagi pasangan2 yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,tahniah dan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar..mmm..ok la,sekian saja entri utk ari ni,short and simple.. have a nice day guys..=)


p/s:Akhir kata dari Green Winz ,
"A perfect love is not about loving a perfect person,
but is all about loving an imperfect person perfectly!" 
Renung-renungkan dan selamat beramal..!!

0 any comments?:

Post a Comment