Monday, December 13, 2010

Hanya Satu Yang Pasti...

"AKU PASTI KAYA
AKU PASTI CANTIK
AKU PASTI BERJAYA
AKU PASTI MENANG
AKU PASTI SIHAT
AKU PASTI,AKU PASTI,AKU PASTI....aku pasti...aku pasti.."


Tiada Hanya satu yang pasti dalam dunia ini,iaitu..KEMATIAN..


MATI??..berbicara tentang perkara ini,pasti ada yang tidak akan senang duduk,tidak selesa malah ada yang marah..mungkin topik ni juga agak sensitif bagi sesetengah orang..kan?
   Tidak kira apa pun agama dalam dunia ni,memang akan ada mengaitkan kehidupan manusia dengan hal KEMATIAN...Meskipun setiap agama mempunyai pendirian atau pendapat yang berlainan mengenai hal ini,contohnya seperti agama Buddha,dorang ni ada konsep mengenai Kelahiran Kembali ataupun "Rebirth",namun begitu,kita,iaitu manusia sendiri tidak akan dapat lari daripada kenyataan ini..
    Dulu,time budak2 tu,sa mimang takut butul la kalau cerita tentang mati2 ni..iya..betul..sa masih ingat lagi,kalau time kicik2 dulu,asal ja sa sambut birthday sa,misti ada saja berita tentang ada orang mati..yang paling sa ingat time tahun 4,tengah happy2 ni sambut birthday,tiba2 datang panggilan dari uncle kami,yang mengatakan 3 orang anak dia mati lemas dalam sungai petang tu..huuhuu..
mimang agak mengejutkan la juga..kadang2 sa pandai tepikir ni,"malang juga tarikh birthday sa ni,adaaaa saja urang mati..T_T"..tapi itu dulu la..sekarang ni,sa tau suda, yang sebenarnya....hidup & mati tu di tangan Tuhan..kalau memang ajal dia suda,apa boleh kita buat kan..?..
      
Kehidupan Abadi??
      Emm...pernahkah kamurang baca cerita tentang seorang maharaja cina yang ada impian mau hidup selama2nya? Cerita tentang maharaja Shih Huang Ti,yang kononnya mau hidup selama2nya,tidak mau melalui kematian..oleh sebab tia mau mati,baginda pun telah menghantar ekspedisi yang terdiri daripada 500 lelaki dan perempuan muda ke negara Jepun melalui jalan laut.Ekspedisi ini tujuan dia adalah untuk mencari ubat atau herba yang boleh membuat manusia hidup abadi.
     Perintah baginda,sesiapa yang gagal mendapatkan herba tu,tidak dibenarkan pulang kembali ke kota China dan sesiapa pula yg pulang tetapi herba yang dibawanya itu tidak mujarab,akan dipancung kepala.Hmm..kejam juga kan...Malangnya,ekspedisi maharaja ini telah gagal...Inilah cerita tentang pencarian maharaja cina yang sa sebut td tu..tia pasti pula ni satu fakta benar ka atau cerita rekaan semata-mata..tp,yang jelas, manusia akan buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia mau..ada yang sanggup membunuh, sanggup mencuri,..dan sebagainya..inilah sifat semula jadi yang ada pada diri setiap kita yang bergelar,insan...


       Hmm..kita sememangnya tidak akan dapat lari dari hakikat ni kan?..tapi,selagi kita masih hidup,dan masih dapat bernafas dalam dunia ni,janganlah kita sengaja merosakkan tubuh kita yang masih hidup ni..Dunia memang indah..tapi,ingat! Hidup hanya sekali,kematian sedang menanti...sememangnya,manusia merancang,Tuhan yang menentukan..Orang ramai mengejar cita-cita,impian dan harapan mereka,tapi tangan Si Pencipta yang bekerja untuk menjayakannya..so,ingat,setinggi apa pun pencapaian kita sekarang, semuanya berasal dari Dia..jd,janganlah kamurang lupa untuk bersyukur...berkat limpah-Nya yang paling ketara sekali ialah apabila kita dapat bangun awal pagi,buka mata dan masih dapat rasa degupan jantung kita sendiri..apa la salahnya,mengucap syukur atas kasih-Nya,kerana masih menjaga kita dalam semalaman kita tidur..^_^..


     Entri sa kali ni mcm tengah bagi ceramah keagamaan pula kan?..ehehe..bukannya apa,cuma sa terpikir ni,sekarang kita sedang menghampiri penghujung tahun 2010,kan?..tapi,sebelum sampainya tahun 2011 tu,banyak benda yang tidak mustahil akan terjadi kpd diri kita,kan?.. bukan lah mengharap sesuatu yang buruk akan berlaku, tapi,sekadar memberi peringatan kpd semua and especially diri sendiri..so,sesiapa yang ada terbaca entri ni dan yang mengenali diri ini(hehe..),sa mau memohon ampun la dari kamurang suma,dari hujung rambut sampai hujung jari kaki sa yang tidak cantik ini..ahaks!!.. XD..renung2kanlah dan selamat beramal... =)


p/s:sorry,kalau entri ini agak mem'boringkan'..!! (",)

0 any comments?:

Post a Comment